Posts Tagged power
Internet Marketing World: Become Serious, Become Weird
Posted by afblogger in internet marketing, make money online, News and Update, personal on November 3, 2009
Kadang-kadang, sukar untuk kita buat sesuatu keputusan. Kita perlu berfikir tentang banyak perkara. Ada banyak hati yang perlu dijaga, ada banyak tangan yang memerlukan perhatian, ada banyak kenyataan yang akan disangkal dan tak kurang juga ada rahsia yang mungkin terungkai. Sebab itu, bila kita berkata atau menulis sesuatu memang pasti akan ada orang yang terasa. Lebih-lebih lagi bila ianya melibatkan ramai orang. Inilah internet marketing world yang kita sanjung tinggi itu. Perkelahian dan perbezaan pendapat berlaku. Dan berlaku juga bila pendapat orang disangkal sewenang-wenangnya dan mahu kita menerima pendapat seseorang dengan paksaan. Huh..
Entahlah, dunia IM negara kita semakin pelik dan aneh. Terlalu banyak karenah dan perebutan kuasa. Perebutan maruah, memaki hamun, menghina dan sebagainya. Kadang-kadang, perkara itu mudah. Tetapi ada pulak yang menyukarkan keadaan. Kekadang perkara itu terlalu rumit, tetapi ada pula yang memudahkan dengan penafian yang berbeza.
Aku syukur dengan caraku sendiri mampu membuatkan diri ini masih gagah berdiri. Masih gagah untuk berbuat sesuatu. Cuma harapan yang aku harapkan, tidak perlu kita menghebatkan diri jika ianya hanya membuka pekung didada. Tidakkah mereka tahu yang mereka cuba membuat perkara yang sia-sia?
Ps: I guess its little hard to make money online. Make money with blogging also become harder todays. People become too serious and useless. Its weird.


